24 staf Buletin Utama ditamatkan perkhidmatan buat netizen sebak

24 staf Buletin Utama ditamatkan perkhidmatan buat netizen sebak

Satu video khas buat 24 staf Buletin Utama TV3 yang menamatkan perkhidmatan di stesen televisyen itu meruntun hati netizen.

Malah, pembaca berita Azawate Zenol Abidin yang turut ditamatkan perkhidmatan kelihatan sebak selepas mengakhiri khidmat sejak 15 tahun lalu.

Selamat tinggal TV3…

Azawate Zenol Abidin memberikan ucapan ketika mengakhiri rancangan Buletin Utama semalam dengan diiringi kek salam perpisahan.

Mana nak cari team begini…

Laman Facebook TV3 juga telah memuat naik seloka khas buat 24 kakitangan bahagian berita berkenaan.

Seloka tersebut telah mendapat perhatian ramai, apabila menceritakan moment-moment indah mereka sepanjang bekerja.

Antara bait seloka seperti,

Mana nak cari
Hari ini kita berkumpul di sini
Tidak seperti di ofis hari-hari

Mana nak cari
Esok lusa mereka akan berjalan pergi
Setelah usai bakti, meninggalkan kita yg terus di situ lagi

Mana nak cari
Insan handal minda berisi
Cekap meneliti menyunting isi cantikkan story
Seperti cikli dan kak elly..
SK juga tidak terkecuali..

Bergenang air mata, selamat maju jaya

Ucapan Azawate Zenol Abdin telah meruntun hati penonton dan video tersebut telah menerima tontonan lebih 500 ribu sejak semalam.

Rata-rata ramai yang telah meninggalkan ucapan terima kasih dan sayu melihat perpisahan 24 kakitangan TV3.

All the best..

Setiap yang bermula pasti berakhir!

Kenapa ramai-ramai tinggalkan TV3?

Walau bagaimanapun, ada juga yang mencetuskan persoalan tentang tindakan 24 kakitangan menamatkan perkhidmatan di sana secara beramai-ramai.

Voluntary separation?

Sumber: Buletin Utama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *