‘Alang-alang nampak rambut, baik bukak terus’

‘Alang-alang nampak rambut, baik bukak terus’

Sejak bergelar ibu, pelakon Syatilla Melvin semakin kurang muncul di kaca televisyen. Menurutnya, dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri tanpa bantuan daripada pembantu.

Boleh dikatakan anaknya, Syeriv Samheizy kini menjadi perhatian ramai dan video comelnya sering tular di media sosial.

Bukan mudah menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang sibuk menguruskan anak dan suami. Namun ada juga individu yang bengang dengan penampilan bersahaja Syatilla yang dilihat tidak menutup aurat dengan sempurna menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram.

Ia berikutan cara pemakaian tudung Syatilla Melvin yang menampakkan rambut depan ditegur oleh seorang nitizen yang akhirnya menimbulkan perbalahan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan teguran kasar individu tersebut. Ada yang memberi cadangan jika ingin memberi nasihat adalah lebih baik jika menghantar mesej agar tidak dilihat oleh pengguna lain kerana bimbang ianya membuka aib seseorang.

Tetapi jika dilihat pada gambar yang dimuat naik oleh Syatilla, sudah berkali-kali dia mengenakan gaya yang sama namun tidak pernah dikritik. Mungkin kali ini, ada individu yang berani bersuara tentang cara pemakaian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *