‘Simpan sikit bontot tu untuk suami’ – Adik Neelofa dikecam kerana aksi yoga

‘Simpan sikit bontot tu untuk suami’ – Adik Neelofa dikecam kerana aksi yoga

NAMA Ameera Khan atau Little Miss Khan terus menjadi tular apabila ada sahaja isu berkaitan dirinya yang menjadi bualan ramai.

Jika baru-baru ini Ameera yang juga adik kepada pelakon dan juga pengacara Neelofa ini didakwa telah memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung, kali ini isu tentang penampilannya pula menjadi bualan.

Ameera menerusi Insta Story miliknya telah berkongsi video dirinya sedang melakukan senaman Yoga.

Video tersebut mendapat kecaman ramai apabila aksi yang dipaparkan remaja 17 tahun ini dikatakan telah memaparkan aksi dan gaya menggoda.

Kontroversi demi kontroversi yang melanda Ameera membuatkan dirinya sentiasa menjadi bualan.

Ada yang menyifatkan apa yang dilakukan Ameera ini seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Ameera seperti biasa tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya sentiasa bersikap positif setiap kai berdepan kecaman netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *