Anak Hadi Awang bertanding di kerusi selamat?

Anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi sah akan bertanding di DUN Batu Buruk pada PRU14, 9 Mei ini.

Akhirnya, desas desus yang mengatakan Ketua Pemuda PAS itu akan diletakkan di kerusi selamat menjadi kenyataan.

Sebelum ini, ramai yang jangkakan beliau akan menggantikan tempat ayahnya di Rhu Rendang tetapi akhirnya diletakkan seorang lagi calon baharu iaitu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Setiausaha Politik Abdul Hadi.

Manakala Abdul Hadi hanya mempertahankan kerusi Parlimen sahaja pada pilihan raya kali ini.

Sumber dalaman memberitahu aura Muhammad Khalil tidak cukup ‘power’ untuk melihat beliau diletakkan di kubu kuat BN.

Mungkin ayah beliau dan pucuk pimpinan PAS tidak yakin Khalil mampu melakukan kejutan jika diletakkan di kerusi yang dimenangi BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *