Anwar bebas dari penjara Selasa ini – Nurul Izzah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini kata anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar kepada Reuters hari ini.

Minggu ini perdana menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua usaha dilakukan bagi membebaskan Anwar – bekas musuh ketatnya – secara serta-merta dan memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya,” kata Nurul Izzah melalui mesej teks apabila diminta mengesahkan sama ada Anwar akan dibebaskan pada Selasa atau tidak.

Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat – satu tuduhan yang ditegaskan oleh beliau serta penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *