Bekas suami mohon Elly Mazlein dipenjara kerana gagal jaga anak

Bekas suami mohon Elly Mazlein dipenjara kerana gagal jaga anak

Penyanyi Elly Mazlein sebentar tadi memuat naik video yang agak mengejutkan dengan mendedahkan bekas suaminya itu ingin memenjarakan beliau atas alasan mendakwa Elly sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, mujurlah perkara tersebut tidak menjadi kenyataan kerana mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya itu.

Ekoran itu, Elly melahirkan rasa syukur kerana keadilan telah berpihak kepadanya.

Dalam pada itu, Elly turut mempersoalkan mengapa Azmi tergamak untuk memisahkan seorang ibu dengan anaknya. Elly terkilan dan kecewa betapa susahnya bekas suaminya itu menunaikan nafkah yang tidak besar jumlahnya serta masih ingin terus menyiksa kehidupan beliau dan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Jika perkahwinan terdahulu tidak menjadi, janganlah biarkan anak pula yang menjadi mangsa.

Sebagai seorang bapa, cubalah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah yang wajib ke atas anak anda.

Semoga urusan Elly untuk mendapatkan hak anaknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *