‘Mama datanglah jumpa kami…’ – Terlalu rindu, kembar ini rayu kepulangan ibu kandung

‘Mama datanglah jumpa kami…’ – Terlalu rindu, kembar ini rayu kepulangan ibu kandung

ALANGKAH pilunya, ketika kanak-kanak lain bergembira bersama keluarga masing-masing, lain pula keadaannya bagi pasangan kembar ini yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka tanpa sebarang khabar dan berita.

Kisah sayu Mohd Khairul Danish, 11, bersama kembarnya Mohd Khairul Danial disiarkan menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, baru-baru ini.

Ibu pergi sampai sekarang tak balik ambil kami…

Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung, Siti Norazimah ialah pada dua tahun yang lalu ketika berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka lahir lagi.

Pasangan kembar itu ditinggalkan kepada nenek mereka, sebelum ditempatkan di rumah anak yatim Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam, Selangor selepas kematian nenek.

Mama datang la jumpa abang dengan adik…

Lebih memilukan, pengacara MHI telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan buat ibu kandung mereka, namun belum sempat mereka membuka mulut kelihatan bergenang air mata masing-masing.

Mungkin sudah begitu lama memendam perasaan rindu, Danish dan Danial tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.

“Mak datang la jumpa dengan abang dan adik, ambil la adik dengan abang bawa balik…,” Itulah ucapan kembar tersebut yang membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara menangis mengenangkan nasib kedua-dua beradik itu.

Pada akhir rancangan, Danish dan Danial sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu yang cukup dirindui. Semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka.

Sumber: Malaysia Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *