Dr Mahathir angkat sumpah Perdana Menteri 9.30 malam ini

Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara pada 9.30 malam ini, menurut sumber Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Menurut New Straits Times, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor juga akan mengadap Agong bagi membincangkan proses peralihan kuasa.

Berita penuh menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *