Dynas Mokthar sah isteri ahli perniagaan dengan sekali lafaz

Dynas Mokthar sah isteri ahli perniagaan dengan sekali lafaz

PETALING JAYA – Pelakon Dynas Mokhtar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin RM1,001.

Pelakon drama Susuk itu menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

Majlis sederhana itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Manakala, majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya dan disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Sebelum ini, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu.

Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, 6, menerusi perkahwinan terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *