Berita Utama

‘Bukan lagi rahsia…’ – Jurugambar kongsi foto persandingan Sultan Kelantan dan Oksana

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan peletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-15 selepas tersebarnya khabar angin yang mengatakan baginda telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia, Oksana Veovodina.

Gambar-gambar perkahwinan baginda turut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan persoalan pebagai pihak.

Namun begitu, berita tersebut belum dapat disahkan kebenarannya sehinggalah pada hari ini.

Perkahwinan diraja!

Seorang jurukamera profesional telah memuat naik koleksi gambar persandinganSultan Muhammad V dengan Oksana Veovodina di Instagram miliknya.

Melalui gambar-gambar yang dikongsi, baginda kelihatan segak mengenakan persalinan baju Melayu manakala Oksana pula anggun menggayakan gaun pengantin serba putih.

Penuh eksklusif

Tarikh perkahwinan diraja ini masih belum dipastikan kerana tiada sebarang maklumat yang diperoleh.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Maxkoliberdin di Instagram miliknya nyata menarik perhatian ramai kerana perkahwinan tersebut dilihat begitu indah dan mewah namun masih kelihatan sangat eksklusif.

Sumber: Instagram Maxkolibedin

Leave a Reply