Guru tadika meninggal dunia selepas diberitahu anak lemas

Guru tadika meninggal dunia selepas diberitahu anak lemas

MARANG – Seorang guru tadika KEMAS meninggal dunia selepas diberitahu anak lelakinya yang terjatuh dari feri persiaran di perairan Pulau Setindan, Mersing, semalam, ditemui lemas, hari ini

Menurut sumber, mangsa, Rogayah Ibrahim dikatakan sesak nafas selepas mayat anaknya, Luqman Hakimi Mat Noor, 21, ditemui terapung di perairan itu, 1.55 tengah hari ini.

“Mangsa dan keluarga dalam perjalanan menuju ke Mersing dan ketika sampai di Pekan, Pahang mereka diberitahui mayat Luqman Hakimi telah ditemui oleh pasukan menyelamat.

“Mangsa yang terkejut secara tiba-tiba arwah mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan. Bagaimanpun, setibanya di hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Rogayah merupakan guru tadika KEMAS Paya Resak, Bukit Payong sebelum berpindah ke Tabika Kemas Undang.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing ketika dihubungi berkata, Luqman Hakimi terjatuh dari feri persiaran ke Pulau Tioman, 3.30 petang semalam.

Katanya, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh kru feri persiaran sama yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *