‘Tak mengundi, tapi sibuk post video dengan Tun Mahathir’ – Netizen

‘Tak mengundi, tapi sibuk post video dengan Tun Mahathir’ – Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial netizen memerli ada segelintir artis-artis yang tidak keluar mengundi.

Tatkala artis-artis lain memuat naik foto jari mereka dicelup dengan dakwat kekal selepas PRU14, netizen pula mempersoalkan mengapa pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tidak berbuat demikian.

Faktor kekangan kerja dikatakan antara sebab mengapa mereka tidak dapat mengundi.

“Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi.” Katanya kepada Astro Awani.

“Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

“Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat,” kata Hanis.

Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang.

Walaupun alasan telah diberikan, namun netizen berpendapat alasan tersebut tidak relevan.

Netizen merujuk kepada beberapa orang artis seperti pasangan Sha dan Awal Ashaari yang sempat mengundi walaupun terlibat dengan pengambaran.

Selain itu juga, netizen juga mempersoalkan Hairul yang melakonkan watak cintakan negara di dalam filem Paskal tetapi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *