Jangan jadi ‘alu dan lesung berlaga, yang kenyangnya ayam’ – Abdul Hadi

DUNGUN: Budaya politik matang adalah antara lima perkara yang diamalkan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ujar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, ia termasuk memastikan tidak berbalah dengan parti lawan terutama Barisan Nasional (BN) walaupun kedua-dua parti berkenaan mempunyai perbezaan pendapat.

Beliau tidak mahu jadi seperti pepatah ‘alu dan lesung berlaga, yang kenyangnya ayam’ di mana perbalahan hanya akan menguntung pihak-pihak berkepentingan.

“Dalam pilihan raya ini kita ambil pendekatan lima perkara. Pertama, budaya politik matang dan sejahtera. Maknanya kita nak ubah politik berbalah supaya takde kerana berbalah ni merugikan orang Melayu dan orang Islam. Yang untungnya orang bukan Islam.

“Pas dengan UMNO kalau berbeza pendapat tidak apa. Kalau berbalah, macam alu dengan lesung berlaga, yang kenyangnya ayam. Maka kita bawa budaya politik matang dan sejahtera,” katanya semasa Chit Chat Bersama Ayoh Chik Presiden PAS di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Pas ada cara dan pendekatan sendiri yang menyebabkan parti itu tidak berminat untuk bersama BN mahupun Pakatan Harapan.

“Saya mengambil pendekatan pergi rumah Tun Mahathir, pergi rumah Datuk Seri Najib, Lim Kit Siang pun saya jumpa.

“Orang UMNO dok jumpa Najib, orang UMNO dok jumpa Mahathir. Kita beri pendapat kita, mereka kena ikut, kena dengar. Namun kalau tak nak dengar maka kita bertanding sendirilah,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *