‘Ucapan good morning hanya tinggal grey tick’ – Teman wanita Emy AF 2016 luah rasa sedih

‘Ucapan good morning hanya tinggal grey tick’ – Teman wanita Emy AF 2016 luah rasa sedih

Bintang program realiti Akademi Fantasia 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau Emy maut selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z8000 yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan bahawa motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori seberat tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

Aktif mengadakan ‘busking’ di Sabah

Bekas pelajar AF 2016 yang berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran kini adalah anggota kumpulan Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Arwah ada merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama teman wanitannya yang dikenali sebagai Cathy Alkantara, namun semuanya tidak kesampaian apabila ajal teman lelakinya ‘datang’ terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, teman wanitanya itu, Cathy turut meluah rasa sedih dan simpati atas pemergian teman lelakinya itu. Beliau juga telah memuat naik status dan gambar throwback bersama arwah di akaun Facebook miliknya.

“Untuk mengubat hati sendiri…”

“Separuh jiwaku pergi…”

“Rindu yang teramat dalam…”

Gambar kenangan bersama arwah

Cathy juga telah memuat naik gambar kenangan bersama arwah di akaun Facebook miliknya.

Komen dari kawan-kawan mereka yang ‘mengusik’ agar cepat-cepat kahwin.

Cathy dan arwah yang saling membalas komen ‘sweet’ di Facebook.

Menurut ahli keluarga bekas pelajar Akademi Fantasia 2016 itu, arwah akan dikebumikan jam 9 pagi pada esok hari (5 April) di Tanah Perkuburan Kg Simpangan Tuaran.

Semoga Cathy dan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada Zahrul Hilmi semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Cathy Alkantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *