Mahu cari berkat, Safiey Ilias jemput pelajar tahfiz ke majlis hari jadi

Mahu cari berkat, Safiey Ilias jemput pelajar tahfiz ke majlis hari jadi

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias telah mengadakan majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 bertempat di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan ‘Black & Gold’ itu diraikan dengan kehadiran kenalan rapat dan pelajar maahad tahfiz serta anak-anak yatim yang diundang bagi memeriahkan acara pada malam tersebut.

Menerusi laman Instagram miliknya, Safiey turut memuat naik beberapa keping gambar di sekitar majlis berkenaan bersama luahan isi hatinya yang terbuku selama ini.

“Aku jahil. Aku tidak baik. Aku cuba mencari sedaya upaya Hidayah yang hilang. Aku cuba buat kesemua apa yang aku buat 3-4 tahun dulu untuk dapat hidayah.

“Nilailah aku sebagaimana yang kamu suka. Aku ada cara aku dalam mencari Hidayah aku. Bagi aku, tidak bermakna bila kita ni jahat dalam benda lain, jadi kita kena jadi jahat dalam semua benda.

“Bagi aku buat orang lain gembira sudah cukup buat aku gembira. Aku tak boleh tengok mereka ni sebab aku sedih dan menangis. Doakan saya ya adik2 semua. Amin. Kalau tak jumpa saya di syurga nanti carilah saya di neraka.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan wish birthday saya. Terima kasih juga kepada semua yang sudi hadir dan sponsor macam2. Terima kasih sangat2,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *