Masalah negara tak selesai dengan tukar pemimpin saja – Hadi

Dalam ucapan terakhirnya sebelum PRU ke-14, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata masalah negara perlu diselesaikan dengan reformasi sistem, bukan hanya dengan menjatuhkan pemimpin secara individu.

“Semua masalah (negara) memerlukan penyelesaian holistik dan reformasi sistem.

“Bukan sekadar menurunkan seseorang (pemimpin) atau menaikkan individu semata-mata,” katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook.

Beliau berkata, Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS dengan gagasan kerajaan teknokrat mempunyai penyelesaian menyeluruh bagi menyelesaikan masalah seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup.

“(Gagasan Sejahtera) menggariskan sembilan teras utama, inilah yang ingin kami tawarkan kepada semua.

“Yakinlah dan marilah bersama saya dan Gagasan Sejahtera,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *