Najib tak tahu malu selepas curi duit rakyat Malaysia – Tun M

Najib tak tahu malu selepas curi duit rakyat Malaysia – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah.

Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi mendapatkan sokongan semula daripada rakyat selepas berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah.

“Kita (kerajaan Pusat) sudah memberi banyak kelonggaran kepada beliau (Najib)… zaman beliau dulu, belum charge (tuduh) apa-apa (di mahkamah) sudah kena pakai baju oren… macam (Datuk Seri) Shafie Apdal, belum kena tuduh (di mahkamah) pun sudah kena pakai baju oren.

“Tapi, Najib sudah kena charge (tuduh) di mahkamah pun, beliau masih bebas dan (buat) cerita macam-macam untuk cari sokongan… fikir dan tengoklah, orang macam ini boleh percaya ke? Curi duit dan beliau tidak boleh nafikan yang beliau curi duit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pada Program Membangun Bersama Harapan di Dataran Sungai Koyan.

3 thoughts on “Najib tak tahu malu selepas curi duit rakyat Malaysia – Tun M

  1. Tak ada orang termakan dengan tuduhan kau Tun. Yang kau buat dulu sememangnya ada bukti perompakan. Sekarang Najib belum lagi didapati bersalah. Kau tunggu tibanya masa kau nnti. Kalau kau mati awal pun anak kau akan menghadapi tuduhan yang sememangnya sudah terbukti. Kau akn dikenang dalam sejarah sebagai seorang perompak terhebat termasuk anak anak kau. GO TO HELL!

  2. Tun,mengucap tun,umur awak dah 94 thn ,dah masanya pikir akhirat .dah cukup ke bekalan ? Kasian saya tengok awak tun .sibuk dgn dunia,masih dahagakan kuasa .

  3. hak rakyat untuk berfikir menilai siapa pemimpin sebenar yang perlu di sokong, soal safie afdal kenapa tuduhan beliau tidak di teruskan kenapa di gugurkan, sama seperti LGE adakah di sebab mereka kroni tun..? kenapa mereka tidak di lakukan seperti apa yang kamu laku kan terhadap najib razak? kenapa pula Anwar di bebaskan sedang dulu tun sendiri kata dia tidak bermoral??sebenarnya TUN la dalang utama bagi memecah belah dan menghancur melayu dan islam di malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *