Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia

Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia

Pelawak dan bekas peserta Raja Lawak musim kedua yang dikenali Pak Tam, dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar 10.30 pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh pelakon dan penyampai radio Kool FM, Shah Sulaiman atau Shah Tapaw menerusi Instagramnya.

“Baru sebentar tadi dikejutkan dengan pemergian Pak Tam Poh Paleh Weh. Seorang pelawak veteran yang disegani,” coretnya.

Shah ketika dihubungi berkata, arwah sudah dianggap sebagai ayah dalam kalangan mereka.

“Arwah ini boleh saya katakan kami anggap sudah seperti ayah kami malahan banyak memberikan suntikan semangat kepada kami,” katanya yang turut memberitahu arwah berasal dari Kuantan, Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *