‘Pakai tudung tapi nampak rambut, dada’ – Diana Danialle dikritik netizen

‘Pakai tudung tapi nampak rambut, dada’ – Diana Danialle dikritik netizen

Pelakon Diana Danielle hadir ke majlis pelancaran koleksi tudung terbaru Hanis Zalikha bertempat di butik FashionValet, di Pavilion, KL, hari ini.

Turut kelihatan, Aurora iaitu anak perempuan Diana yang comel.

Sebagai tanda sokongan kepada rakan karibnya itu, Diana menggayakan salah satu tudung jenama Cakenis itu selain turut memuat naik beberapa gambar di Instagram.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang kurang senang dengan tindakan Diana kerana cara pemakaiannya mendedahkan rambut dan bahagian dada.

Kata netizen, Diana sewajarnya memakai tudung dengan cara yang yang lebih betul iaitu menutup sepenuhnya rambut dan bahagian lain.

Namun, ada juga yang masih mempertahankan selebriti itu dengan mengatakan bahawa apa yang dipakainya bukan tudung sebaliknya scarf

Kata mereka, scarf sememangnya dipakai begitu sejak turun-temurun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *