Pakatan Harapan dakwa tawan enam negeri

TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa enam negeri yang berjaya ditawan seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Beliau juga mendakwa pakatan pembangkang sudah memenangi sebanyak 112 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) enggan menandatangani Borang 14 menyebabkan keputusan rasmi tidak dapat diumumkan.

“Mereka akan melakukan muslihat dalam usaha untuk menghampakan harapan rakyat dan ini sangat serius.

“Kami percaya SPR enggan mengumumkan keputusan undi rasmi kerana undi mereka (Barisan Nasional) jauh ketinggalan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *