PAN sedia jadi benteng pertahan DAP

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan PAN Selangor, Jamzuri Ardani.

Jamzuri ketika berucap di Konvensyen PAN hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan PAN perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik PAN,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.

Sumber: sinar harian

One thought on “PAN sedia jadi benteng pertahan DAP

  1. *Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Dari Transkrip OKT.*

    Dari keterangan OKT, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bukan sahaja kos projek RM6.3b telah ditentukan lebih awal malah Syarikat SPV Terowong P.Pinang telah diberikan 50 ekar tanah milik K.Negeri P.P. dengan harga RM2.83b jauh bezanya dari nilai GDV tanah tersebut iaitu RM15b.

    *Jadi bagi mempengaruhi kelulusan awalan OKT telah “merasuah” individu-individu tersebut :*

    1. Lim Guan Eng (MOF) ditawarkan 10% komisen projek serta diberi wang tunai RM400,000 pada April & Ogos 2013.

    2. Chow Kon Yow (KM), Dr Ramasamy Palanisamy (TKM2), Abdul Malik Kassim (Exco), Lim Hock Seng (Exco) masing-masing telah menerima RM50,000 pada April 2013.

    Patut ada pihak lagak umpama jurucakap syarikat Zurich BUCG dulu, AG Tommy Thomas adakah kes ini NFA ?

    Bagi keterangan lanjut boleh baca transkrip OKT & link berikut

    Nantikan sambungan bahagian 2..

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2489083657786452&id=100000545255174

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *