Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan

Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.

Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.

Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette

6 thoughts on “Pas sedia berdamai dengan DAP demi kebaikan

  1. buat baik salah buat tak tau pun salah, bukan ke election dh habih, dlm mood memerintah ni kene ade kerjasama bangunkn negara, takkan nk membangkang semata². TGHH dh gariskan kerjasama kearah kebaikan (Taawun) nak pakai bahase apa lagi baru korang paham??😏

    1. Bila PH menang & LGE jadi menteri kewangan TGHH dah mula putar belit tapi x habis 2 dgn sifat ego, kononnya tunggu President & SU hulur tangan dulu.Bila DAP hulur tangan putar lagi konon yg nak bertaawum siyasi ialah DAP.

  2. buat baik salah buat tak tau pun salah, election dh habih, dlm mood memerintah ni kene ade kerjasama bangunkn negara, takkan nk membangkang semata². TGHH dh gariskan kerjasama kearah kebaikan (Taawun), buat rakan ²PH sudah² la bersangka buruk pd TGHH, dia xde songlap duit negara pun.

  3. If I were Hadi, I’d focus on the legal proceedings with Sarawak Report in London. If handled sloppily, it’s going to spill into Malaysian courts. I don’t need to tell you that the consequences of losing are dire.

  4. Diharap dgn kenyatan Haji Hadi ini KERAJAAN PH perlu sentiasa dlm keadaan allert… kemungkinan peranan KING MAKER HAJI HADI SUDAH MULA DIGERAKKAN… ADAKAH DALANGNYA SEMEMANGNYA UMNO?
    Jika Haji Hadi benar2 ikhlas kerana Allah kenapa tidak join je PH… kenapa hanya bersedia berdamai dgn DAP SAHAJA… adakah ini rancangan yg diatur oleh UMNO untuk memperolehi majoriti dgn cara kotor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *