PTPTN: ‘Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar’ – Menteri

PTPTN: ‘Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar’ – Menteri

JERLUN: Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya amanah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Katanya, beliau menyokong penuh apa yang diperkatakan Dr Mahathir dimana peminjam harus bersikap amanah dalam melangsaikan hutang masing-masing.

“Manifesto satu perkara, tetapi apa yang diperkatakan ialah tentang sikap amanah. Ini yang ditekankan Tun Dr Mahathir, amanah untuk melangsaikan hutang apabila kita meminjam.

“Pembangkang semua benda nak politikkan. Politik letak tepi. Kita bicara tentang akhlak moral. Kita pinjam duit, kita bayar. Kalau boleh bayar RM50 sebulan, kita bayar lah RM50.

“Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Siputeh di Padang Sera Kodiang, Jerlun Kedah hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik PTPTN menjangkau sehingga RM36 bilion.

Katanya, kebanyakan daripada peminjam mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN.

5 thoughts on “PTPTN: ‘Apapun manifesto kata, kalau dah pinjam kenalah bayar’ – Menteri

  1. Kalau tak janji tak apa Ini dah janji print lagi’ dalam manifesto Lain kali kalau tak reti nak menunaikan janji jangan berjanji kerana ciri-ciri orang munafik itu jika dia berjanji dia mungkir

  2. Namapak benar penulis ni anti kerajaan baru. Siapa pun boleh tulis. Sila sertakan video skali untuk buktikan apa yang dia kata betul dan penyampaiannya sama dengan apa yang encik nak sampaikan. what a waste of article. bullshit!

Leave a Reply to Noor Aiman Ibrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *