PKR kekal kuasa di Lembah Pantai, majoriti lebih besar

Tanpa Nurul Izah, PKR mengekalkan kerusi Lembah Pantai yang dimenangi sejak 2008 menerusi calonnya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dengan majoriti 5,598 undi.

Ahmad Fahmi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon PAS, Fauzi Abu Bakar dalam persaingan tiga penjuru.

Ahmad Fahmi mendapat 33,313 undi berbanding Raja Nong Chik (27,715 undi) dan Fauzi (5,277 undi).

Sebanyak 538 kertas undi ditolak dan 216 lagi tidak dikembalikan.

Pengumuman rasmi keputusan itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ab Salim Mansor di pusat penjumlahan undi dekat Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebanyak 80.34 peratus daripada jumlah keseluruhan 80,346 pengundi berdaftar keluar mengundi di 134 saluran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *