Rafly Hot FM meninggal dunia akibat santau

Rafly Hot FM meninggal dunia akibat santau

Bekas penyampai radio Hot FM dan Manis FM, Rafly Rahamat, 32, meninggal dunia sebelum waktu berbuka puasa, sebentar tadi.

Berita itu disampaikan oleh Curly Jow, rakan kepada arwah Rafly menerusi akaun Facebook miliknya.

“Kepada rakan-rakan yang mengenali Rafly, sedekahkan AlFatihah untuknya. Rafly dah meninggal dunia sebelum waktu berbuka puasa tadi. Maafkan segala salah silap dan halalkan segalanya. Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Sebelum ini, Rafly dikhabarkan tenat lantaran menghidapi penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, dia telah disantau menggunakan ilmu sihir oleh individu yang iri hati dengannya, malah ada juga berpendapat Rafly terkena buatan orang.

Semoga roh Rafly dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *