Ribut petir landa Semenanjung Malaysia petang ini

Ribut petir landa Semenanjung Malaysia petang ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negeri Semenanjung Malaysia bermula petang ini sehingga malam nanti.

Menurusi kenyataan di laman Facebook MMD, ribut petir tersebut dijangka berakhir seawal 5 petang ini di beberapa kawasan seperti Hulu Perak, Marang dan Gombak manakala di sesetengah kawasan seperti Padang Terap, Seberang Perai Tengah dan Selatan pula pada jam 8 malam.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika berada di luar rumah dan hadkan aktiviti di luar ketika ribut petir sedang melanda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *