‘Saya tidak percaya DAP tidak hormat Islam’ – Wardina

‘Saya tidak percaya DAP tidak hormat Islam’ – Wardina

SETELAH menyatakan dengan berani tidak menyokong Barisan Nasional, personaliti popular Wardina Safiyyah sekali lagi berkongsi pendapatnya di media sosial.

Kali ini beliau meluahkan rasa meluatnya terhadap usaha-usaha menjadikan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.

“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya di laman Facebook.

Pelakon yang menempah nama melalui sitkom Spanar Jaya itu memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia, tentang bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.

“Aduhai. Bila saya tengok…sama. Sama kan? Sakit nya hati bila membaca berbagai berita dan hinaan terhadap orang Islam. Sedih. Susahnya menjadi minoriti. Jadi kepada kita yang menjadi majoriti adalah amanah kita menjaga minoriti kerana itulah Islam.

“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam,” jelasnya.

“Saya tidak percaya mereka jahat sepertimana saya agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?” ujar beliau. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *