Sudah jelas salah BN, Mujahid kata tak perlu tubuh RCI

Sudah jelas salah BN, Mujahid kata tak perlu tubuh RCI

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kelemahan yang berlaku terhadap institusi kewangan itu amat jelas.

“RCI ini perlu dibuat jika ada perkara yang tak jelas dan banyak perkara misteri dalam Tabung Haji. Tapi tiada yang misteri.

“Ini satu benda yang jelas, kerana itu kerajaan memberikan komitmen memulihkan Tabung Haji menerusi peruntukan RM17.8 bilion, jadi apa gunanya ditubuhkan RCI,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, desakan untuk menubuhkan RCI hanya untuk menutup kesilapan urus tadbir Tabung Haji yang lalu.

“Apa guna RCI lagi melainkan mereka hanya nak tutup kelemahan yang telah dibuat dan kita telah pulihkan dalam tempoh enam bulan.

“Mungkin kerana nak tutup itu, maka timbulkan isu buat RCI,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan RCI bagi menyiasat segala dakwaan dan salah laku yang berlaku di dalam pengurusan Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *