Syed Saddiq kecewa digelar ‘hancing’ oleh penyokong BN

TAKTIK Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meraih emosi orang awam ketika hari penamaan calon PRK Semenyih hari ini nampaknya tidak berhasil.

Menerusi Facebook, Syed Saddiq telah memuat naik video beliau digelar ‘hancing’ oleh sekumpulan penyokong lawan.

Menurut sumber, Syed Saddiq dengan sengaja telah memasuki kawasan yang dipenuhi penyokong lawan sehingga mencetuskan provokasi yang tidak sepatutnya.

Sedih dengan keadaan itu, beliau meluahkan rasa kecewa di media sosial seperti kebanyakan budak-budak WeChat yang lain.

Berikutan itu, Syed Saddiq telah diperli dan disindir oleh netizen di Facebooknya sendiri. Rata-ratanya meminta beliau supaya berhenti memainkan isu yang remeh-temeh kerana rakyat sudah kenal benar akan taktik murahan Pakatan Harapan.

Bagaimanpun, ada juga yang masih menyebelahi Menteri Belia dan Sukan itu dan menggesa penyokong BN supaya mengawal perasaan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *