Hiburan

Jasa mu dikenang, DS Rosmah banyak berjasa – Johan As’ari

PELAKON, Johan As’ari, 31, menyifatkan bekas Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri yang pernah banyak berjasa kepada negara ketika di bawah pemerintahannya.

Bahkan Johan turut menyifatkan isterinya, Datin Seri Rosmah juga telah banyak berjasa kepada negara.

Sebagai penghargaan buat kedua-dua individu berkenaan, pelakon popular drama bersiri Juvana ini memuat naik gambarnya bersama mantan PM itu.

“Jarang dapat keluar dalam gambar begini, jadi aku abadikan di sini.

“Belum tentu lagi beliau dapat memegang kembali jawatan perdana menteri namun sudah tentu aku berbangga dengan kepimpinan beliau apatah lagi bila dapat bersalaman dan belajar sesuatu dari pertemuan ini.

“Terima kasih Datuk Seri Najib Razak @najib_razak di atas segala budi dan bakti, jasa mu di kenang. Datin Seri Rosmah juga telah banyak berjasa kepada negara, terima kasih serta sekalung budi. Mereka bagai merpati dua sejoli. Alhamdulillah,” coretnya.

Perkongsian Johan itu telah mendapat 6,106 likes dan menerusi ruang komen kini dihujani pelbagai reaksi. Ada yang menyetujui kata-katanya dan tidak kurang juga yang kecam.

Leave a Reply