Politik

Najib pembangkang contoh – Penganalisis politik

Sejak tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara, bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak begitu lantang bersuara tentang hal negara walaupun menerima banyak tuduhan berkaitan penyelewengan ketika pemerintahannya terdahulu.

Menurut MSN News, seorang penganalisis politik memuji bekas Perdana Menteri itu kerana menggunakan fakta serta nombor dan bukannya retorik politik untuk mempertahankan dirinya terhadap tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Kamarul Zaman Yusoff dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) itu juga mengatakan bahawa kenyataan-kenyataan bekas Pengerusi Barisan Nasional itu membuatkan Najib lebih layak menjadi ketua pembangkang berbanding pemimpin UMNO sedia ada sekarang.

Kamarul Zaman Yusoff

Kamarul juga mendakwa Presiden sementara UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi nampak terlalu buntu dan terkejut untuk memberikan sebarang respon kepada kenyataan retorik Pakatan Harapan terhadap kerajaan yang terdahulu.

“Mungkin mereka masih terkejut dengan keputusan PRU14 dan perlu ambil sedikit masa untuk memainkan peranan sebagai pembangkang,” kata Kamarul.

Kamarul juga menyatakan bahawa Najib mendengar kata penasihat kerajaan baru dengan menjadi seorang pembangkang yang sangat bagus dan boleh membuat check and balance kepada kerajaan.

Seorang lagi penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya juga membuat kenyataan bahawa Barisan Nasional ada banyak lagi perkara yang perlu dibuat bagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pembangkang yang kuat dan dihormati.

“Kalau mereka tak belajar untuk jadi pembangkang yang efisyen, susah untuk mereka nak naik semula.”

Kerajaan memang perlukan pembangkang yang bagus macam Datuk Seri Najib supaya sentiasa ada semak dan imbang dalam tampuk pemerintahan baru?

Leave a Reply