Hiburan

‘Pantang tengok laki orang elok sikit, mula nak rampas’ – Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan antara selebriti yang lantang bersuara lebih-lebih lagi dalam isu rumahtangga. Sebelum ini Che Ta pernah memberitahu secara jujurnya dia sangat bencikan wanita yang merampas suami orang.

Baru-baru ini Che Ta mendedahkan dia menerima banyak mesej dari pengikut di media sosial yang menjadikannya sebagai tempat mengadu menceritakan kisah rumah tangga mereka.

Che Ta turut meluahkan rasa geram apabila ramai wanita sekarang suka sangat merampas suami orang yang berwajah tampan. Lebih mengeruhkan keadaan, ramai juga lelaki yang sudah berkahwin juga gemar melayan wanita ‘gatal’ seperti itu.

Tambah Che Ta lagi, dia merasakan dirinya seperti menteri pembangunan wanita apabila menerima perkongsikan cerita rumahtangga dari netizen.

Rata-rata pengikutnya di media sosial terhibur dengan status tersebut. Ada juga berpendapat Che Ta sesuai dicalonkan untuk jawatan tersebut pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Leave a Reply