Politik

PAS ada ahli kaya-raya, tak perlu derma RM90 juta – Hadi

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu boleh meraih dana lebih besar daripada RM90 juta yang didakwa telah diderman oleh Umno kepada parti itu.

Ahli parti itu juga sudah faham bahawa tuduhan derma RM90 juta dari Umno tersebut tidak benar kerana telahpun dibawa ke mahkamah, kata Abdul Hadi.

“Mereka lihat sendiri, terlalu payah pihak (BN) hendak sumbang kepada PAS. Apatah lagi bila kuita sudah bahawa ke mahkamah dan kita sudah berjaya hampir 90 peratus.

“Mereka menyaksikan sendiri di ceramah PAS sejak awal, sejak berpuluh tahun, di setiap ceramah ada derma dari ahli. Dan di kalangan ahli PAS ada yang berada boleh menderma dengan jumlah besar, lebih RM90 juta kita boleh dapat.

“Kita ada kemampuan dengan kadar yang ada pada kita, namun dengan jumlah yang ada ini kita boleh bertanding di 180 kerusi. Sebab itu tuduhan ini kita boleh tolak dengan mudah,” katanya.

Malah, jumlah itu meningkat lebih tinggi pada waktu pilihan raya ekoran keghairahan para penyokong untuk menyumbang kepada parti, katanya.

Dana tersebut turut digunakan oleh PAS untuk membina rangkaian pusat asuhan PASTI dan sekolah di peringkat menengah dan tinggi bawah seliaan parti tersebut, tambahnya lagi.

Dakwaan bawa PAS menerima wang RM90 juta daripada bekas presiden Umno Najib Razak itu menjadi isu hangat menjelang pilihan raya umum 9 Mei, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua parti itu dilihat lebih mesra.

Dakwaan itu mula dibangkitkan dalam portal penyiasatan Sarawak Report, yang kemudiannya disaman oleh PAS. – themalaysianinsight

Leave a Reply