Hiburan

Penyanyi Syura buat pembedahan bibir?

Semalam, ada sumber kepada sebuah akhbar tempatan mendakwa penyanyi Syura Badron melakukan pembedahan bibir kerana bentuk bibirnya jelas kelihatan sangat berbeza dan lebih mungil berbanding sebelum ini.

Walaubagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Syura sendiri, namun beliau mengakui ada menggunakan produk ‘lips plumper’ untuk jadikan bibirnya lebih menyerlah dan tebal.

Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir. Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah.

Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir. Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal.

Terdahulu, penampilan Syura yang semakin kurus juga pernah dipertikaikan oleh sesetengah pihak sehingga penyanyi itu pernah dituduh mengambil dadah. Namun, Syura sudah lali dan tidak kisah dengan setiap tuduhan yang dilemparkan asalkan ia tidak menjatuhkan maruahnya.

Leave a Reply