Politik

Rais Yatim sertai PPBM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian kepada bekas pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim.

Kad tersebut diserahkan sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kawasan lapang bersebelahan Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abdin di sini hari ini.

Rais sebelum ini dipecat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas menyokong Pakatan Harapan dan menghentam Barisan Nasional.

Turut dipecat Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Daim dan Rafidah menyokong Pakatan Harapan (PH) dengan menghadiri ceramah anjuran gabungan empat parti pembangkang itu, manakala Rais pula membidas Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya secara terbuka kerana membuang gambar Dr. Mahathir Mohamad daripada papan iklan pembangkang.

Rafidah turut menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada PH. – K! ONLINE

Leave a Reply