Politik

Ramai yang masih rindu pada Najib

KUALA LUMPUR – Ketika dibelenggu siasatan demi siasatan, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkunjung ke bazar ramadan.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam menerusi Instagramnya berkata, ramai yang merindui bekas perdana menteri itu dan ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan Najib.

Beliau juga meletakkan #RinduZamanNajib #pray4dsnr.

Di Instagram Najib pula beliau menulis, “Beli juadah buka puasa di bazar ramadan bersama keluarga saya petang tadi’.

Status perkenaan mendapat komen positif netizen dengan rata-rata menyatakan amat merindui bekas perdana menteri itu termasuk ucapan-ucapan beliau tak kurang juga ada memberikan kata-kata semangat buat beliau sekeluarga.

Bekas perdana menteri itu kini berhadapan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung anak syarikat 1MDB, SRC Internasional Sdn Bhd.

Leave a Reply