Politik

Syed Saddiq padam rekod Najib, menteri termuda dalam sejarah

Hari ini telah berlangsungnya Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan menteri di Malaysia. Perlantikan yang dibuat pada pagi ini juga sekaligus telah melengkapkan senarai jemaah menteri bagi menerajui Malaysia di bawah pimpinan kerajaan yang baharu.

Antara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya perlantikan Syed Saddiq yang popular dikalangan anak muda sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Perlantikan beliau turut sokongan daripada mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin.

Lebih hebat, beliau bukan sahaja berjaya dilantik menjadi menteri, malah perlantikan beliau pada umur 26 tahun ini berjaya memadam rekod Datuk Seri Najib Razak sebagai menteri penuh termuda dalam sejarah Malaysia.

Tahniah diucapkan buat Syed Saddiq diatas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru.

Diharap dengan perlantikan ini prestasi sukan negara termasuk industri e-sukan akan semakin meningkat serta mendapat berjaya mendapat perhatian dunia.

Leave a Reply