Politik

Tun M cabar Najib tunjuk bukti pembantunya terima RM10j

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti dakwaan bahawa pembantunya menerima RM10 juta wang tunai daripada bekas perdana menteri itu.

“Tunjuk bukti, minta dia tunjuk bukti,” katanya selepas berucap di program Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia hari ini.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, Najib mendakwa salah seorang “orang Mahathir” mengambil RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Berita penuh menyusul

Leave a Reply