Hiburan

‘Telahku halalkan segalanya untukmu…’ – Ucapan pilu Bienda buat arwah Rafly Rahamat

Pemergian bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat akibat sakit misteri mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi kepada rakan seperjuangannya, Nor Razlinda Razli atau Bienda.

Bienda dan Rafly merupakan rakan sekerja ketika sama-sama berkhidmat di stesen radio Manis FM, dua tahun yang lalu.

Menurut Bienda, dia menganggap Rafly sebagai adiknya sendiri dan peneman setia saat tawa dan tangisan.

“Peneman setia. Insan yang paling banyak buat saya tertawa & menangis sepanjang kami bersiaran di radio hampir 2 tahun yang lalu. Seperti kakak2 yang lain, menjadi tempat mengadu, merajuk, dan menahan telinga mendengar bebelan kakak.

“Namun setiap yang berlaku di antara kita telah ku maafkan segalanya. Telah ku halalkan segalanya untukmu. Insya Allah. Doaku pula yang akan mengiringimu,” katanya menerusi Instagram.

Bienda berharap agar ahli keluarga arwah Rafly diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapi ketentuan Ilahi.

Jenazah Rafly telah dikebumikan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, sebelum Zohor, tengah hari tadi.

Leave a Reply